Cari:
Kremlin Enggan Komen isu Peletakan Jawatan Penasihat Keselamatan Negara AS
2017-02-15 14:20:44 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Istana Kremlin enggan memberikan sebarang komen berhubung dengan peletakan jawatan Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarika (AS), Michael Flynn.

Demikian dinyatakan Setiausaha Penerangan Presiden Rusia, Dmitri Peskov pada 14 Februari lalu.

Peskov berkata, hal tersebut merupakan urusan dalaman pentadbiran Presiden AS, Donald Trump, dan tidak ada kaitan langsung dengan Rusia.

Ketika menyebut isu hubungan Rusia dengan AS, Peskov berkata, masa dan lokasi untuk mengadakan pertemuan antara kedua-dua Presiden Rusia dan AS masih dibincangkan pada ketika ini, dan kedua-dua pihak belum mencapai kata sepakat.

Namun begitu, Menteri Luar Rusia, Sergei Lavlov dan Setiausaha Negara AS yang baharu, Rex Tillerson akan mengadakan pertemuan dalam masa terdekat ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang

• Awan berwarna Merah di Tembok Besar China
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China