Cari:
Mesyuarat Menteri Pertahanan NATO Fokus Belanjawan Ketenteraan dan Antikeganasan
2017-02-15 14:45:30 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Mesyuarat Menteri Pertahanan Negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang diadakan di ibu pejabat NATO pada 15 hingga 16 Februari ini memfokuskan isu belanjawan ketenteraan dan antikeganasan.

Jens Stoltenberg, Setiausaha Agung NATO, berkata demikian dalam sidang media di Brussels pada 14 Februari lalu.

Menurut Stoltenberg, NATO ditubuhkan berasaskan ikatan yang kukuh antara Amerika Utara dengan benua Eropah.

NATO perlu melaksanakan keputusan yang telah dicapai dalam Sidang Kemuncak Warsaw pada Julai 2016, iaitu menempatkan angkatan tentera multinasional sebanyak empat batalion di Eropah Tengah dan Eropah Timur.

Jumlah peruntukan ketenteraan negara-negara sekutu Kesatuan Eropah (EU) dan Kanada meningkat 3.8 peratus pada 2016 berbanding dengan tahun 2015.

Penambahan dianggarkan sebanyak USD10 bilion (RM44.5 bilion).

Beliau turut menegaskan keperluan untuk mengekalkan trend menaikkan peruntukan tersebut.

Selain itu, NATO juga akan menghulurkan bantuan kepada persekutuan antarabangsa bagi membanteras kumpulan militan Daesh.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China