Cari:
Wang Yi Hadiri Mesyuarat Tidak Formal Menteri-Menteri Luar G20 di Jerman
2017-02-15 14:35:02 CRI Cetak

Atas undangan Sigmar Gabriel, Menteri Luar Jerman, selaku negara pengerusi Kumpulan 20 (G20) 2017 dan Wolfgang Ischinger, Pengerusi Sidang Keselamatan Munich, Menteri Luar China, Wang Yi akan menghadiri Mesyuarat Tidak Formal Menteri-Menteri Luar Kumpulan 20 (G20) dan Sidang Keselamatan Munich pada 15 hingga 18 Februari di Jerman.

Dalam sidang media semalam, jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang menyatakan bahawa mesyuarat menteri luar tersebut akan membincangkan tiga topik, iaitu melaksanakan Agenda 2030 Pembangunan Mapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), memelihara kedamaian dan memperkasakan perkongsian dengan Afrika.

Bagi Sidang Keselamatan Munich pula, Geng Shuang menyatakan bahawa sidang itu adalah antara forum yang penting dalam strategi antarabangsa dan keselamatan.

China bersedia untuk menyertai platform tersebut dan meningkatkan komunikasi dengan pelbagai pihak.

Menteri Luar China, Wang Yi dalam sidang itu turut membentangkan pandangan China mengenai situasi global ketika ini dan saranan dalam kerjasama keselamatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China