Cari:
Data CPI dan PPI China Bulan Januari Selaras dengan Unjuran
2017-02-15 14:36:17 CRI Cetak

Menurut data Biro Statistik Negara China semalam, Indeks Harga Pengguna (CPI) pada bulan pertama tahun ini meningkat 1.0 peratus berbanding dengan bulan lalu, di samping naik 2.5 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.

Manakala, Indeks Harga Pengeluar (PPI) pada bulan pertama tahun ini meningkat 0.8 peratus berbanding dengan bulan lalu, serta naik 6.9 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.

Angka tersebut selaras dengan unjuran pasaran.

Pakar berpendapat bahawa China tidak akan mengalami inflasi pada masa terdekat ini.

Selain itu, dasar monetari perlu kekal stabil, manakala dasar defisit perlu lebih positif.

Penyelidik Pusat Pertukaran Ekonomi Antarabangsa China, Wang Jun menyatakan bahawa pengaruh daripada Tahun Baharu Cina, angka CPI pada bulan Januari terus melonjak, namun masih dalam kadar yang munasabah.

Menurut para penganalisis pula, kesan kenaikan harga makanan dan komoditi industri, CPI dan PPI di China dijangka akan menurun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China