Cari:
China Bantah Tindakan Jejaskan Kedaulatan dan Keselamatan Negara
2017-02-16 14:23:14 CRI Cetak

China menghormati dan memelihara kebebasan pelayaran dan penerbangan pelbagai negara di Laut China Selatan berdasarkan undang-undang antarabangsa.

Walau bagaimanapun, China membantah sekeras-kerasnya apa-apa jua tindakan yang menjejaskan kedaulatan dan keselamatan negara dengan menggunakan alasan kebebasan pelayaran dan penerbangan.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang dalam sidang akhbar semalam ketika ditanya reaksi China mengenai rancangan Tentera Laut AS menghantar formasi kapal induk USS Carl Vinson CVN-70 ke Laut China Selatan bagi memelihara kebebasan pelayaran dan berkemungkinan memasuki kawasan perairan berhampiran dengan pulau dan terumbu China di sana.

Menurut Geng, dengan usaha bersama China dan pelbagai negara ASEAN, situasi di Laut China Selatan kini stabil dan berkembang baik.

China berharap agar negara yang tidak berada di rantau ini menghormati usaha bersama China dan negara-negara ASEAN, di samping memelihara dan mengukuhkan momentum positif pada ketika ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China