Cari:
Hollande Arah Ambil "Langkah Khas" Pastikan Keselamatan Pilihan Raya
2017-02-16 14:14:35 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Presiden Perancis, Francois Hollande menggesa pelaksanaan "langkah khas" bagi memastikan keselamatan dalam tempoh pilihan raya presiden yang bakal diadakan pada tahun ini terjamin.

Demikian pengumuman yang dikeluarkan oleh Jabatan Presiden Perancis pada 15 Februari lalu.

Pada hari yang sama, Hollande dalam mesyuarat keselamatan dan pertahanan negara menegaskan bahawa pelaksanaan langkah-langkah berkenaan bukan sahaja bertujuan untuk menghindari serangan keganasan, malah mencegah serangan siber.

Beliau turut mengarahkan badan-badan berkaitan mengemukakan langkah-langkah spesifik dalam mesyuarat minggu depan.

Baru-baru ini, polis Perancis berjaya mematahkan beberapa cubaan serangan keganasan, dan hal tersebut memperlihatkan situasi antikeganasan negara itu masih meruncing pada ketika ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China