Cari:
Trump: Perdamaian Israel-Palestin Tidak Terhad pada Satu Resolusi
2017-02-16 14:25:12 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Sekiranya Israel dan Palestin menunjukkan kesediaan, Amerika Syarikat (AS) akan menyambut baik "resolusi satu negara", mahupun "resolusi dua negara" demi keamanan kedua-dua negara.

Presiden AS, Donald Trump berkata demikian ketika mengadakan sidang media dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke AS pada 15 Februari lalu.

Trump berkata, negaranya akan "berusaha sedaya upaya" untuk menggalakkan perjanjian damai antara Israel dengan Palestin dicapai.

Namun begitu, kedua-dua negara mesti mengadakan rundingan secara terus dan bertolak ansur dalam konflik berkenaan.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa Netanyahu menangguhkan pembinaan penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin。

Netanyahu berkata, pembinaan penempatan Yahudi bukan isu utama dalam konflik Israel-Palestin.

Beliau berpendapat, isu tersebut boleh diselesaikan dalam rundingan damai dua hala.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China