Menurut anggaran Jabatan Statistik Negara China, perbelanjaan pengguna menyumbang 64.6 peratus dalam pertumbuhan ekonomi negara pada tahun 2016, selain dianggarkan tumbuh 4.9 peratus berbanding dengan tahun 2015.
Jumlah jualan runcit barangan pengguna bagi 14 buah provinsi di China telah mencecah RMB1 trilion (RM650 bilion).
Jumlah keseluruhan perbelanjaan Provinsi Guangdong telah mencatat RMB3.47 trilion (RM2.25 trilion), menduduki tempat teratas berbanding dengan provinsi lain.
Dari segi kadar peningkatan jumlah perbelanjaan, bahagian barat daya China dilaporkan paling pesat, terbukti dengan bandar Chongqing yang meningkat 13.2 peratus, iaitu menduduki tempat pertama di seluruh negara.
Tahap penggunaan per kapita di Beijing dan Shanghai dilaporkan paling tinggi di seluruh China.
Penggunaan per kapita di sembilan buah provinsi telah mencecah RMB30 ribu (RM19 ribu).