Industri automobil tenaga alternatif berkembang dengan pesat di China pada tahun 2016. Jumlah jualan meningkat 53 peratus, melebihi 500 ribu buah.
Naib Setiausaha Persatuan Automobil China, Xu Yanhua baru-baru ini memaklumkan bahawa pasaran automobil tenaga alternatif di China akan mengekalkan trend pertumbuhan yang pesat pada tahun ini dan angka jualan dijangka mencatat 800 ribu buah.