Sebelum jamuan itu diadakan, aktiviti perarakan Dabu sebagai warisan bukan kebendaan telah dijalankan di pekan Mayong.
Jamuan yang diadakan selepas perarakan itu berakhir merupakan aktiviti wajib pada setiap tahun.
Jamuan tahunan itu menyediakan lebih 2,100 meja dan menghidangkan lauk-pauk yang menggunakan bahan makanan sebanyak 12,600 kilogram, manakala tukang masak dan pekerja yang terlibat pula melebihi 800 orang.
Tradisi tersebut berasal daripada kelaziman pasukan tentera pada zaman dahulukala yang menikmati makanan secara beramai-ramai ketika menjalankan penerokaan tanah dan penanaman biji-bijian.
Setelah zaman berubah, jamuan dan perarakan itu telah berkembang menjadi aktiviti untuk mengeratkan hubungan mesra dalam kalangan penduduk tempatan.