Cari:
Tianjin Sediakan RMB50 Juta Setahun Bonus Perlindungan Alam Sekitar
2017-02-17 15:40:20 CRI Cetak

Mesyuarat Kerja Perlindungan Alam Sekitar 2017 anjuran Zon Penimbunan Berikat Pelabuhan Tianjin baru-baru ini memaklumkan, pihaknya akan menyediakan dana sebanyak RMB50 juta (RM32.4 juta) setahun sebagai bonus kepada syarikat-syarikat dalam zon tersebut yang mengamalkan penjimatan tenaga, mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan memberi sumbangan kepada pengawalan kualiti udara serta pencemaran air.

Zon Penimbunan Berikat Pelabuhan Tianjin sebagai sebahagian daripada Kawasan Baharu Pesisir Laut Tianjin dan Zon Perdagangan Bebas Tianjin, merupakan salah sati zon ekonomi yang paling dekat dengan pusat bandar Tianjin.

Penerbangan, pembuatan mesin, teknologi maklumat dan logistik penerbangan merupakan sektor pembangunan utama dalam zon tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China