Pelbagai menteri pertahanan negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) telah sebulat suara bersetuju untuk terus memperhebat pelbagai langkah bagi memperkasakan keupayaan pencegahan dan pertahanan negara-negara NATO.
Jens Stoltenberg, Setiausaha Agung NATO berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan NATO menutup tirai di ibu pejabat NATO di Brussels pada 16 Februari lalu.
Menurut Stoltenberg, penempatan empat pasukan tentera dari pelbagai negara anggota NATO di negara-negara Baltik dan Poland akan mula dilaksanakan pada bulan Jun tahun ini.
Tambah beliau, langkah-langkah untuk mencegah jenayah siber turut dijadikan misi utama bagi NATO pada masa depan.