Cari:
Guterres Kutuk Insiden Serangan Nekad di Pakistan
2017-02-17 14:48:56 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengutuk insiden pengeboman nekad di sebuah makam sufi yang penuh sesak di Sehwan, selatan Pakistan pada malam 16 Februari lalu.

Beliau menggesa pihak berkenaan segera menangkap dan mengheret penyerang yang mencetuskan insiden tersebut ke muka pengadilan.

Guterres dalam satu kenyatakan yang dikeluarkan pada hari yang sama menzahirkan rasa simpati kepada kerajaan dan rakyat Pakistan, di samping berharap agar mangsa-mangsa yang cedera akan segera sembuh seperti sedia kala.

Kira-kira 72 orang terkorban, manakala lebih 200 lagi cedera dalam kejadian letupan di makam Lal Shahbaz Qalandar di bandar Sehwan, wilayah Sindh pada malam 16 Februari lalu.

Kumpulan militan Daesh di Afghanistan dan Pakistan mendakwa bertanggungjawab atas serangan berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China