Cari:
Perkongsian Pengangkutan Semakin Bertambah
2017-02-17 16:30:32 CRI Cetak

Sejak penghujung tahun 2016, budaya basikal sewa di China tiba-tiba berkembang dengan pesat.

Basikal-basikal sewa yang boleh dikongsi itu banyak diletakkan di tepi jalan di beberapa bandar raya, terutamanya di kampus universiti, stesen kereta api bawah tanah, perhentian bas, kawasan kediaman, pusat perniagaan dan kawasan awam.

Selain itu, basikal elektrik sewa juga telah muncul di Beijing baru-baru ini.

Kaedah operasinya hampir sama dengan basikal biasa.

Pengguna boleh mengimbas kod QR pada basikal itu dengan telefon bimbit.

Setelah identiti pengguna disahkan melalui nombor telefon dan maklumat kad pengenalan, pengguna boleh menempah, menggunakan dan memulangkan basikal serta menyelesaikan pembayaran.

Deposit bagi menggunakan basikal elektrik adalah sebanyak RMB299 (RM194) dan deposit akan dipulangkan dalam tempoh satu hingga tiga hari setelah menamatkan perkhidmatan itu.

Kereta sewa yang menggunakan kaedah perkhidmatan yang sama juga sudah banyak terdapat di Shanghai.

Orang ramai boleh memuat turun aplikasi yang disediakan untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.

Dimaklumkan, harga permulaan bagi menyewa kereta itu adalah sebanyak RMB15 dalam masa 30 minit.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China