Cari:
WTFL: Sektor Pelancongan Dunia Berusaha Menarik Pelancong Asia
2017-02-18 15:01:16 CRI Cetak

Perhimpunan antarabangsa anjuran Forum Pelancongan Dunia (WTFL) dimulakan di Istanbul, Turki 16 Februari lalu. Wakil dari lebih 20 negara menyertai perhimpunan yang bertema "melancong dengan selamat" kali ini.

Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif WTFL, Bulut Bagci menyatakan bahawa Asia-pasifik, khususnya China dan Jepun telah menjadi tumpuan sektor pelancongan dunia. Pelbagai negara sejak sekian lama membincangkan kaedah untuk menarik pelancong dari negara-negara Asia.

Para peserta perhimpunan kali ini berpendapat bahawa media sosial telah menjadi saluran paling baik untuk menarik pelancong pada tahun ini.

Pada masa yang sama, keganasan dianggap sebagai ancaman yang paling besar yang dihadapi oleh sektor pelancongan pada masa ini. Perdana Menteri Turki, Binali Yildirim menyeru pelbagai negara meningkatkan kerjasama, dan menegaskan peri pentingnya "tidak mengizinkan keganasan menjejaskan sektor pelancongan".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China