Cari:
Aktiviti Promosi Pelancongan Hangzhou di Asia Tenggara Dimulakan di Bangkok
2017-02-18 15:27:39 CRI Cetak

Upacara perasmian aktiviti promosi pelancongan Hangzhou di Asia Tenggara yang bertemakan "Reading China, most memorable is Hangzhou" diadakan di Pusat Kebudayaan China Bangkok semalam.

Kaunselor Kebudayaan Kedutaan Besar China di Thailand, Chen Jiang, pegawai Jawatankuasa Pelancongan Bandar Hangzhou, Liu yufeng dan mantan Timbalan Perdana Menteri Thailand, Chaturon Chaisang menghadiri upacara tersebut.

Ketika menyampaikan ucaptama, Chen Jiang menyatakan bahawa sejak Sidang Kemuncak G20 diadakan di Hangzhou, bandar ini telah diketahui oleh lebih ramai orang. Kini terdapat 16 jadual penerbangan berkala antara Hangzhou dengan Asia Tenggara, menduduki 40% daripada semua penerbangan antarabangsa di Hangzhou. Beliau yakin bahawa pertukaran antara Hangzhou dengan Asia Tenggara, khususnya dengan Thailand mempunyai prospek yang cemerlang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China