Cari:
Angka Kematian dalam Serangan Nekad di Pakistan Meningkat ke 88 Orang
2017-02-18 15:40:31 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Angka kematian yang terkorban dalam insiden pengeboman nekad di sebuah makam sufi yang penuh sesak di Sehwan, selatan Pakistan pada malam 16 Februari lalu telah menambah ke 88 orang, manakala 343 lagi cedera dalam kejadian letupan tersebut.

Demikian dinyatakan oleh seorang pegawai dari Jabatan Kesihatan wilayah Sindh Pakistan pada 17 Februari lalu.

Pegawai itu berkata, terdapat 76 mangsa cedera parah sedang menerima rawatan perubatan di hospital pada ketika ini, dan angka kematian mungkin terus meningkat.

Menurut hasil awal siasatan berkenaan, penyerang nekad menyamarkan dirinya sebagai wanita tempatan, dengan membawa bom seberat 7 kilogram pada hari itu.

Kerajaan Sind telah menetapkan 17 hingga 19 Februari sebagai hari berkabung dan mengibarkan bendera separuh tiang sebagai tanda penghormatan kepada mangsa-mangsa yang terkorban dalam kejadian tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China