Presiden Xi dalam surat takziah menyatakan bahawa beliau mewakili kerajaan dan rakyat China menzahirkan rasa dukacita terhadap semua mangsa yang terkorban serta mengucapkan takziah kepada anggota keluarga mangsa.
Xi berkata, China menentang sebarang bentuk keganasan dan mengutuk keras insiden pengeboman nedak tersebut.
China tetap menyokong usaha yang dibuat oleh kerajaan Pakistan untuk membanteras keganasan, mengekalkan kestabilan negara dan memastikan keselamatan rakyat.
Pada hari yang sama, Perdana Menteri China, Li Keqiang juga mengucapkan takziah kepada Presiden Pakistan, Mamnoon Hussain atas serangan nekad tersebut.