Cari:
Wang Yi Sampaikan Ucapan dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Luar G20
2017-02-18 14:51:11 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi ketika menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Kumpulan 20(G20) di Bonn, Jerman pada 16 hingga 17 Februari lalu, telah membentangkan prinsip, pendirian dan saranan China mengenai pelaksanaan Agenda 2030 Pembangunan Mapan PBB, hubungan perkongsian dengan negara-negara Afrika dan pemeliharaan keamanan dunia.

Wang Yi menyatakan bahawa demi melaksanakan Agenda 2030 Pembangunan Mapan dengan baik, China menganggap mesyarakat antarabangsa perlu membina suasana antarabangsa yang damai dan stabil, membangunkan ekonomi dunia yang inovatif, bergerak bersama, terbuka dan inklusif, menyarankan konsep perkongsian hasil pembangunan, serentak itu komited menjamin keseimbangan antara pemeliharaan kedamaian dengan pelaksanaan pembangunan, menghormati hasrat pelbagai negara Afrika dan bersungguh-sungguh mengambil langkah-langkah menyokong untuk membina hubungan perkongsian dengan negara Afrika.

Wang Yi menegaskan bahawa China sentiasa berpegang teguh kepada pembangunan secara damai, memainkan peranan sebagai pemelihara dan pembina kedamaian dunia yang kekal. Berdasarkan konsep komuniti berkongsi nasib manusia yang dikemukakan Presiden China, Xi Jinping, China bersedia bersama-sama dengan masyarakat antarabangsa membina dan berkongsi kedamaian dan keselamatan dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China