Menteri Luar China, Wang Yi telah menghadiri Sidang Keselamatan Munich ke-53 di Munich, Jerman semalam. Dalam sidang pleno berkenaan, Wang Yi telah menyampaikan ucaptama yang bertajuk "mengekalkan konsep kerjasama dan membuat pilihan yang tepat". Seramai lebih 300 orang tetamu termasuk Presiden Poland dan Ukraine, Menteri Luar Sepanyol, Britain dan Belanda serta beberapa mantan pemimpin negara, pakar dan sarjana telah menghadiri sidang itu.
Wang Yi menyatakan bahawa pada awal tahun ini, Presiden China, Xi Jinping ketika menyampaikan ucapan yang penting di Davos dan Jeneva telah mengemukakan saranan untuk membina komuniti berkognsi nasib manusia dan mewujudkan situasi menang-menang dan berkongsi hasil pembangunan. Saranan yang mencerminkan China mematuhi hukum perkembangan sejarah dan arus zaman, komited kepada kepentingan manusia yang sama pada masa depan itu, mendapat perhatian dan pujian dari pelbagai pihak.
Wang Yi menyatakan bahawa kedamaian dan pembangunan merupakan arus utama dunia sekarang. Menyelesaikan pelbagai cabaran dunia perlu mengekalkan amalan multilateral dan kerjasama antara negara besar, berusaha menyempurnakan tadbir urus sejagat, dan sama sekali tidak berganjak dari mendorong proses kerjasama serantau.
Dalam pada itu, China akan tersu berusaha membangunkan negara sendiri, antaranya termasuk terus memperkasakan pembaharuan yang melibatkan pelbagai bidang, memperluas pembukaan kepada luar, sentiasa memainkan peranan sebagai pembina kedamaian dunia, penyumbang pembangunan sejagat dan penjaga amalan multilateral, dan memberikan sumbangan baharu kepada kedamaian dan pembangunan manusia berdasarkan pembangunan diri sendiri.