Cari:
Wang Yi: Masih Ada Kemungkin Pulihkan Rundingan Damai Semenanjung Korea
2017-02-19 15:10:44 CRI Cetak

Masih ada peluang untuk memulihkan rundingan damai Semenanjung Korea, dan masih ada kemungkinan untuk mewujudkan kedamaian. Resolusi Majlis Keselamatan PBB, khususnya Resolusi No.2270 dan No.2321 patut dilaksanakan dengan ketat. Pada masa yang sama, kita tidak boleh putus asa terhadap pemulihan rundingan damai, sebab ini juga terkandung dalam Resolusi Majlis Keselamatan PBB.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar China, Wang Yi ketika menjawab persoalan mengenai situasi Semenanjung Korea setelah menyampaikan ucaptama dalam sidang pleno Persidangan Keselamatan Munich Ke-53 pada 17 Februari lalu.

Menurut beliau, terdapat dua pilihan bagi menyelesaikan masalah nuklear Semenanjung Korea, iaitu dialog dan pertentangan. Sejak terputusnya rundingan enam pihak pada tahun 2009, masalah tersebut berkembang menuju ke arah pertentangan, terbukti dengan uji cuba nuklear dan sekatan yang berlaku secara berulang. Keadaan ini tidak boleh diteruskan lagi sebab mana-mana pihak pun tidak akan menang, dan mungkin tidak boleh menerima akibat pada akhirnya.

China menyeru pelbagai pihak jangan mengambil langkah yang menegangkan lagi situasi, dan berusaha bersama untuk memulihkan rundingan damai. DPRK dan AS sebagai pihak yang langsung terlihat dalam masalah nuklear sepatutnya mengambil keputusan politik secepat mungkin. Sebagai negara jiran Semenanjung Korea, China juga akan terus memainkan peranan positif sebagai pengantara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China