Cari:
Pertemuan Menteri Luar China-Korea Selatan
2017-02-19 15:05:56 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi yang sedang menghadiri Sidang Keselamatan Munich ke-53 di Munich telah bertemu rakan sejawatnya dari Korea Selatan, Yun Byung-se semalam.

Wang Yi menyatakan bahawa pada saat meraikan ulang tahun ke-25 terjalinnya hubungan diplomati China-Korea Selatan, kedua-dua pihak perlu menghargai hasil yang tercapai dan berusaha menangani gangguan yang muncul sekarang agar hubungan rakan perkongsian strategik kedua-dua negara berkembang dengan sihat.

Wang Yi menegaskan lagi pendirian China yang menentang penempatan sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD), menegaskan keselamatan sesebuah negara mustahil dapat dipelihara berdasarkan tindakan menjejaskan keselamatan negara lain. China memahami keperluan Korea Selatan bagi memelihara keselamatan negaranya, manakala pihak Korea Selatan juga dikehendaki menghormati pendirian China yang berpatutan.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak juga bertukar-tukar pendapat mengenai situasi Semenanjung Korea. Wang Yi menyatakan bahawa pelbagai pihak terlibat tidak boleh melepaskan usaha untuk mewujudkan kedamaian di Semenanjung Korea, dan sepatutnya berusaha untuk memulihkan rundingan berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China