Cari:
Guterres: Pembangunan Rupakan Saluran Pencegahan Konflik
2017-02-19 15:23:26 CRI Cetak

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), António Guterres menyatakan di Munich semalam, berdepan situasi antarabangsa yang buruk, pembangunan merupakan saluran yang penting bagi mencegah berlakunya konflik.

Demikian dinyatakan Guterres dalam ucapannya yang disampaikan dalam Sidang Keselamatan Munich ke-53. Beliau menyatakan bahawa pada masa kini, kemungkinan berlakunya konflik di pelbagai tempat di dunia meningkat ekoran isu-isu sejagat termasuk perubahan iklim, peningkatan populasi yang terlampau dan risiko keselamatan bijirin yang dilihat saling mempengaruhi hingga mengakibatkan saingan sumber yang sengit.

Guterres menganggap bahawa pembangunan akan membuat negara berdaulat dan pertubuhan antarabangsa menjadi lebih kuat sehingga dapat membantu mengurangkan risiko terlibat dalam konflik.

Menurut Guterres, PBB sedang mengintensifkan pembaharuan dan akan menyokong pelbagai negara meneroka sumber milik sendiri untuk menggalakkan pembangunan.

Dalam ucapannya, Guterres telah menyanjung tinggi hasil yang dicapai oleh China dalam usaha membasmi kemiskinan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China