Hari ini merupakan hari pertama semester baharu sekolah rendah dan sekolah menengah setelah berakhirnya cuti musim sejuk di Beijing.
Suruhanjaya Pengangkutan Beijing memaklumkan bahawa untuk memenuhi keperluan para pelajar, Syarikat Pengangkutan Awam Beijing telah menggunakan jadual yang baharu, menambah lebih 3600 kali perkhidmatan bas pada waktu puncak. Selain itu, operasi kereta api bawah tanah dan teksi juga ditambah.
Menurut jangkaan, keperluan pengangkutan akan meningkat dengan ketara di kawasan yang berhampiran dengan sekolah pada waktu pagi dan petang setelah semester baharu bermula.