Cari:
Roket "Falcon 9" Berjaya Dilancarkan
2017-02-20 13:19:32 CRI Cetak

Setelah mengalami insiden letupan pada September lalu, syarikat SpaceX Amerika Syarikat (AS) semalam menggerakkan semula program "pengangkutan aeroangkasa" dan berjaya melancarkan roket "Falcon 9" di Pusat Aeroangkasa John F. Kennedy di Florida untuk menghantar "Dragon", kapal kargo ke stesen angkasa antarabangsa.

Setelah Falcon 9 dilancarkan kira-kira 8 minit, bahagian pertama roket selamat mendarat di bumi.

Kira-kira 10 minit kemudian, kapsul "Dragon" berpisah dengan bahagian kedua roket lalu membuka papan tenaga solar dan menuju ke arah stesen angkasa antarabangsa.

Ini merupakan kali ke-10 "Dragon" menjalankan tugas penghantaran barang. Ia akan tiba di destinasi dalam tempoh dua hari sekiranya semua berjalan lancar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China