Seiringan dengan perkembangan telefon pintar, permainan telefon pintar semakin popular.
Menurut data yang diumumkan syarikat Dataeye, skala pasaran bagi aplikasi permainan telefon pintar telah mencatat RMB81.9 bilion (RM53.2 bilion) pada tahun 2016.
Dengan peningkatan penggunaan telefon pintar, di samping perluasan capaian WIFI dan jalur lebar 4G, pengguna semakin banyak menghabiskan waktu dengan bermain permainan telefon pintar.
Pada waktu yang sama, makin banyak peminat sanggup menghabiskan duit pada permainan telefon pintar.