Dialog keselamatan pegawai kanan China-Britain kali ke-2 diadakan di London Jumaat lalu.
Ketua Setiausaha Jawatankuasa Politik dan Perundangan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Wang Yongqing dan Penasihat Keselamatan Negara Perdana Menteri Britain, Mark Grant bersama-sama mempengerusikan dialog tersebut.
Kedua-dua pihak mengiktiraf hasil yang telah dicapai sejak dialog kali pertama diadakan pada Jun 2016, selain bersetuju bahawa ketika berdepan dengan situasi keselamatan antarabangsa yang rumit, kedua-dua negara ini perlu melaksanakan konsensus yang dicapai oleh pemimpin China dan Britain, iaitu mengintensifkan kerjasama keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang, di samping memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang demi manfaat rakyat kedua-dua negara.