Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan pelantikan Leftenan Jeneral Herbert Raymond McMaster sebagai Penasihat Keselamatan Negara yang baharu bagi menggantikan Michael Flynn yang meletakkan jawatan minggu lalu.
Menurut Trump, McMaster merupakan individu yang berbakat besar dan berpengalaman meluas, selain mempunyai reputasi yang amat baik dalam pasukan tentera negara itu.
Dalam pada itu, Flynn, yang membuat kenyataan yang kurang tepat ketika menghubungi Duta Besar Rusia ke AS, menjadi pegawai kanan pertama yang meletakkan jawatan dalam kerajaan pimpinan Trump.