Cari:
PBB Seru Bantuan Makanan kepada Sudan Selatan
2017-02-21 15:03:35 CRI Cetak

Tiga agensi termasuk Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO), Tabung Kanak-kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Program Makanan Sedunia (WFP) bersama-sama memberi amaran bahawa sebahagian kawasan di Sudan Selatan sedang menghadapi krisis kebuluran.

Kira-kira 100 ribu orang dihimpit masalah kebuluran, manakala sejuta lagi berada pada tahap hampir kebuluran.

Oleh itu, PBB menyeru pihak-pihak berkenaan agar menghulurkan bantuan secara berterusan dan mencukupi kepada rakyat di negara itu.

Konflik bersenjata yang berterusan, tuaian hasil pertanian yang tidak mencukupi, dan kesusutan nilai mata wang negara itu menjadi tiga faktor utama yang mengakibatkan harga makanan meningkat secara mendadak.

Sejumlah besar rakyat Sudan Selatan membanjiri negara jiran untuk mencari suaka.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China