Cari:
Pusat Kerjasama Perubatan Tradisional China-Asia Selatan dan Asia Tenggara Bakal Ditubuhkan di Yunnan
2017-02-22 11:08:40 CRI Cetak

Provinsi Yunnan akan memanfaatkan kelebihannya dari segi geografi dan sumber perubatan tradisional China untuk menubuhkan Pusat Kerjasama Perubatan Tradisional China-Asia Selatan dan Asia Tenggara bagi mendorong perkembangan perubatan tradisional China, di samping menjalinkan kerjasama serta interaksi dengan pihak luar.

Yunnan terletak berhampiran dengan Asia Selatan dan Asia Tenggara. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, provinsi ini aktif meningkatkan interaksi dengan negara-negara Asia Selatan dan Asia Tenggara.

Pengaruhnya di negara-negara jiran kian meluas melalui pelbagai aktiviti seperti Sidang Interaksi Perubatan Tradisional Subkawasan Sungai Mekong.

Pada awal tahun ini, Pusat Data Perubatan Tradisional China Provinsi Yunnan, yang merupakan cawangan Pusat Data Perubatan Tradisional China Akademi Sains Perubatan Tradisional China telah dirasmikan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China