Cari:
Panda "Baobao" Kembali ke China
2017-02-22 11:16:50 CRI Cetak

Panda gergasi "Baobao" di Zoo Negara Washington, Amerika Syarikat (AS) berlepas pulang ke China semalam.

Baobao diletakkan dalam satu kotak khas dan akan dibawa ke bandar Chengdu, ibu kota provinsi Sichuan, barat daya China dengan menaiki pesawat khas Boeing-777.

Baobao turut dijaga seorang penjaga dari zoo tersebut dan seorang doktor haiwan. Lebih 20 kilogram buluh dan kira-kira satu kilogram epal turut disediakan.

Baobao dilahirkan di Zoo Negara Washington pada 23 Ogos 2013 oleh pasangan panda Tim dan Mei Xiang yang datang dari China ke zoo tersebut pada tahun 2000.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China