Cari:
Empat Negara Perlukan Bantuan USD4.4 Bilion
2017-02-23 11:12:15 CRI Cetak

Lebih 20 juta orang di Sudan Selatan, Somalia, Yemen dan Nigeria sedang menghadapi krisis kebuluran, mereka memerlukan bantuan sebanyak USD4.4 bilion.

Demikian dinyatakan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres dalam sidang akhbar di ibu pejabat PBB di New York semalam.

Menurut beliau, hampir 5 juta orang memerlukan bantuan makanan di beberapa kawasan di Sudan Selatan yang sedang dilanda kebuluran.

Manakala, di kawasan timur laut Nigeria pula, terdapat kira-kira 5.1 juta orang kekurangan sumber makanan, antaranya lebih kurang 500 ribu kanak-kanak kekurangan zat.

Beliau berkata, harga makanan di Somalia semakin tinggi. Kanak-kanak dibawah umur 5 tahun yang kekurangan khasiat di negara itu dijangka akan mencecah sejuta orang pada tahun ini.

Selain itu, Yemen juga menghadapi krisis kekurangan sumber makanan yang paling serius, kira-kira 7.3 juta orang memerlukan bantuan kecemasan. Guterres berkata, PBB akan menubuhkan suruhanjaya untuk menyelaraskan kerja pelbagai agensi berkenaan untuk menetapkan pelan penyelesaian untuk jangka masa panjang.

Beliau berkata, masalah utama pada masa ini adalah kekurangan dana. Sekurang-kurangnya USD4.4 bilion diperlukan untuk mengelakkan situasi di empat negara tersebut menjadi lebih buruk sebelum penghujung bulan Mac nanti.

Guterres menjelaskan, krisis kebuluran di empat negara itu berpunca daripada konflik kekerasan. Beliau menyeru masyarakat antarabangsa agar memberikan sokongan penuh untuk menamatkan konflik dan memberikan dana bantuan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China