Cari:
Xie Xiaoyan Ditemui Staffan de Mistura
2017-02-23 14:32:37 CRI Cetak

Utusan khas kerajaan China atas isu Syria, Xie Xiaoyan telah bertemu dengan Utusan Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi isu Syria, Staffan de Mistura di Palace of Nations di Geneva semalam.

Kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pandangan mengenai isu Syria dan rundingan damai Geneva yang bakal diadakan.

Xie Xiaoyan menjelaskan pendirian dan prinsip China dalam isu Syira, dan mengalu-alukan rundingan damai Geneva yang disertai pelbagai pihak Syria diadakan mengikut jadual.

Xie menegaskan, selaku pertubuhan antara kerajaan yang paling berwibawa, PBB mempunyai kelebihan dan pengalaman dalam menyelesaikan isu hangat melalui saluran politik. China sentiasa menyokong PBB memainkan peranan sebagai pengantara dalam isu Syria.

China berpendirian bahawa penyelesaian isu Syria perlu "dilaksanakan dan ditentukan oleh Syria". Masyarakat antarabangsa perlu terus memberikan sokongan dan bantuan terhadap rundingan damai tersebut.

China bersedia untuk terus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa termasuk PBB bagi mendorong isu Syria diselesaikan secepat mungkin melalui saluran politik.

Staffan de Mistura pula berkata, rundingan damai Geneva yang disambung semula merupakan langkah penting bagi melaksanakan resolusi 2254 Majlis Keselamatan PBB.

Semua pihak yang berkonflik di Syria dijangka akan mengadakan rundingan mengenai peralihan pentadbiran, penggubalan perlembagaan dan pilihan raya.

Sebagai negara anggota tetap Majlis Keselamatan PBB, China telah memainkan peranan yang aktif dan konstruktif dalam mendorong penyelesaian isu Syria.

PBB menyanjung tinggi pendirian China yang adil, objektif dan bersungguh-sungguh dalam menangani isu Syria.

PBB bersedia untuk terus mengekalkan interaksi dan penyelarasan yang rapat dengan China dalam isu tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China