Menurut Jabatan Perdagangan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, China, jumlah import dan eksport Xinjiang mencatat RMB12.87 bilion (RM8.32 bilion) pada bulan Januari lalu, meningkat 74.8 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.
Momentum perdagangan di Xinjiang telah menunjukkan "permulaan yang baik".
Eksport dalam sektor pelancongan dan beli-belah meningkat pesat dan menyumbang sebanyak RMB2.3 bilion.
Dalam pada itu, jumlah import dan eksport dengan Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Tajikistan turut meningkat dengan ketara.