Cari:
Forum Pembaharuan dan Pembangunan Syarikat China Diadakan di Beijing
2017-02-24 15:04:16 CRI Cetak

Forum Pembaharuan dan Pembangunan Syarikat China Pertama yang bertemakan "Pemacu Baharu Pembaharuan, Membaiki Sistem Pihak Pembekalan" telah diadakan di Beijing semalam.

Pegawai dari Suruhanjaya Aset Milik Negara, Agensi Berita Xinhua, ahli ekonomi dan pegawai dari lebih 100 syarikat milik negara telah menghadiri forum tersebut.

Ketika menyampaikan ucaptama, Pengerusi Suruhanjaya Aset Milik Negara, Xiao Yaqing berkata, pembaharuan dan pembangunan syarikat milik negara telah memasuki fasa yang penting.

Forum tersebut telah mengemukakan laporan "Meneroka Jalan Pembaharuan Syarikat Milik Negara Bercirikan China".

Laporan itu meneliti semula pembaharuan syarikat milik negara dan unjuran prospek dari sudut pembaharuan syarikat milik negara pusingan baharu, pembaharuan menyeluruh syarikat milik negara yang bercirikan China dan pembaharuan syarikat milik negara pada tahun 2017.

Tegas beliau, pelbagai langkah pembaharuan bagi tahun 2017 mesti dilaksanakan dengan berkesan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China