Cari:
Loji Tenaga Nuklear Jepun Terbakar
2017-02-24 15:46:45 CRI Cetak

Bangunan pejabat Loji Tenaga Nuklear Kashiwazaki-Kariwa milik Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) di Niigata, Jepun terbakar petang semalam.

Staf TEPCO segera menghubungi pasukan bomba dan kebakaran berjaya dipadamkan kira-kira 90 minit kemudian. Menurut TEPCO dan pasukan bomba, bangunan yang terbakar tidak berada dalam kawasan kawalan bahan radioaktif dan tidak mengakibatkan kebocoran bahan radioaktif atau kecederaan. Punca kebakaran masih disiasat.

Loji Tenaga Nuklear Kashiwazaki-Kariwa adalah antara loji tenaga nuklear yang terbesar di dunia, dengan kapasiti tujuh reaktor nuklearnya melebihi 8.2 juta kilowatt. Kini, Suruhanjaya Pengawalan Tenaga Atom Jepun sedang menjalankan pemeriksaan ke atas loji tenaga nuklear itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China