Cari:
Rundingan Damai Geneva Dimulakan Semula
2017-02-24 11:37:55 CRI Cetak

Rundingan damai Geneva mengenai isu Syria yang tergantung selama 10 bulan telah disambung semula semalam.

Utusan khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi isu Syria, Staffan de Mistura dalam sidang akhbar semalam menyatakan bahawa beliau akan mengadakan perbincangan dengan delegasi kerajaan Syria dan puak pembangkang pada malam 23 dan 24 Februari bagi memperincikan jadual dan kaedah rundingan kali ini.

Mistura berkata, agenda utama rundingan kali ini ialah membincangkan peralihan pentadbiran, penggubalan perlembagaan dan pilihan raya Syria berdasarkan resolusi 2254 Majlis Keselamatan PBB.

Beliau juga berkata, PBB berharap kedua-dua pihak Syria dapat mengadakan dialog langsung dengan secepat mungkin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China