Cari:
IPU Gesa Ambil Langkah Cegah Kebuluran di Afrika
2017-02-24 11:45:27 CRI Cetak

Kesatuan Antara Parlimen (IPU) yang beribu pejabat di Geneva semalam mengeluarkan pengumumkan, menyeru langkah kecemasan segera diambil bagi mengelakkan krisis kebuluran di kawasan timur laut Afrika dan timur laut Nigeria terus berlarutan.

Pengumuman tersebut yang memetik kenyataan Ketua Setiausaha IPU, Martin Chungong sebagai berkata, masyarakat antarabangsa perlu menggabungkan tenaga untuk mencegah merebaknya kebuluran, sekali gus mengurangkan kematian akibat krisis itu.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada 22 Februari lalu berkata, lebih 20 juta rakyat Sudan Selatan, Somalia, Yemen dan Nigeria sedang bergelut dengan krisis kebuluran dan mereka memerlukan bantuan sebanyak USD4.4 bilion.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran
Dengar Dalam Talian

• PM Li Sampaikan Laporan Kerja Kerjaan dalam NPC

• Sungai Khalkhyn
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China