Cari:
185 Juta Orang Melancong ke Guangzhou 2016
2017-02-24 15:14:44 CRI Cetak

Menurut statistik Biro Pelancongan Guangzhou, pelancong dari dalam dan luar negara ke bandar itu mencecah 185 juta orang pada tahun 2016, meningkat hampir 7 peratus berbanding tahun sebelumnya. Pendapatan pelancongan melebihi RMB321.7 bilion (RM207.9 bilion), naik lebih 12 peratus.

Pelancong ke Guangzhou dijangka bertambah kira-kira 7 peratus pada tahun ini.

Karnival Pelancongan Antarabangsa Guangzhou yang disertai hampir 980 buah syarikat dari 51 buah negara dan kawasan telah dirasmikan di Guangzhou semalam.

Penyertaan syarikat dari luar negara melebihi 60 peratus.

Pavilion Guangzhou yang seluas 540 meter persegi disediakan untuk mempromosikan pakej pelancongan istimewa Guangzhou melalui pelbagai kaedah.

Selain itu, Guangzhou telah bekerjasama dengan Hong Kong, Makau, Taiwan dan bandar serta negara di sepanjang Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 untuk mewujudkan laluan pelancongan "Laluan Sutera Maritim Baharu" pada tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China