Cari:
Mesyuarat Penyelaras BRICS 2017 Berakhir
2017-02-25 14:48:57 CRI Cetak

Mensyuarat Pertama Penyelaras Negara-Negara BRICS 2017 diadakan di bandar Nanjing, provinsi Jiangsu pada 23 hingga 24 Februari lalu.

Para penyelaras dari negara-negara terlibat telah mengadakan perbincangan yang mendalam mengenai situasi ekonomi dan politik dunia serta keutamaan kerjasama BRICS, kerjasama politik dan keselamatan, kerjasama ekonomi dan sosiobudaya serta pelan kerjasama BRICS tahun ini, dan mencapai persepakatan yang meluas.

Para peserta telah memuji peranan panduan yang dimainkan oleh China sebagai negara pengerusi tahun ini.

Pelbagai pihak berpendapat bahawa situasi ekonomi dan politik global sedang mengalami perubahan yang rumit lagi mendalam, kerjasama BRICS juga memasuki dekad baharu dan menghadapi cabaran serta peluang yang baharu. Negara-negara BRICS sepatutnya menggunakan mekasnime pelbagai mesyuarat supaya memainkan peranan membina untuk memelihara keselamatan dan kedamaian dunia.

Di samping itu, negara-negara BRICS harus melaksanakan strategi rakan ekonomi negara BRICS, mempergiat kerjasama negara anggota dalam bidang perdangan, pelaburan dan kewangan, meningkatkan kerjasama sosiobudaya, memperkukuh asas kerjasama berdasarkan aspirasi rakyat.

Negara-negara BRICS juga patut menggalakkan pembangunan mekanisme kerjasama, meningkatkan kata sepakat dalam pelbagai bidang kerjasama supaya mewujudan sinergi yang kuat.

China menjadi negara pengerusi BRICS sejak 1 Januari 2017. Sidang Kemuncak BRICS ke-9 akan diadakan di bandar Xiamen pada 3 hingga 5 September nanti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China