Cari:
Pascal Lamy: B&R Akan Menjadi Penjana Globalisasi
2017-02-25 14:49:58 CRI Cetak

Kini glolalisasi menghadapi pelbagai masalah dan cabaran, inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) anjuran China bakal menjadi penjana bagi globalisasi pada masa depan. Demikian dinyatakan oleh mantan Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Pascal Lamy di Jakarta pada 23 Februari lalu.

Ketika memberikan syarahan, Lamy berkata, inisiatif B&R penuh kebijaksanaan. China meningkatkan pelaburan terhadap pembinaan infrastruktur di pelbagai negara yang terlibat dengan inisiatif itu, inilah yang amat diperlukan dan dialu-alukan oleh negara-negara berkenaan.

Pembinaan infrastruktur akan membantu menggalakkan perdagangan global. Inisiatif B&R membantu memperbaiki infrastruktur negara-negara B&R dan juga memenangi maruah untuk China.

Lamy juga menyatakan bahawa beliau telah menyaksikan peningkatan tahap keterbukaan China setelah negara itu menganggotai WTO. Ketika beberapa negara hendak mengamalkan perlindungan perdagangan, China kemungkinan menjadi kuasa yang stabil dalam perdagangan global.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China