Cari:
PBB Adakan Rundingan Dengan Kerajaan dan Pembangkang Syria
2017-02-25 14:31:12 CRI Cetak

Rundingan damai Geneva mengenai isu Syria pusingan baharu telah memasuki hari kedua semalam. Utusan Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi isu Syria, Staffan de Mistura telah mengadakan perbincangan masing-masing dengan delegasi kerajaan dan puak pembangkang Syria untuk mengemukakan cadangan bertulis tentang cara untuk mendorong rundingan damai kali ini mencapai hasil.

Pegawai Pejabat Utusan Khas tersebut, Michael Contet memberitahu media bahawa perbincangan tersebut adalah "mendalam dan bersifat membina".

Ketua delegasi kerajaan Syria, Bashar Jaafari menyatakan perbincangan dengan Staffan de Mistura melibatkan kaedah dan atur cara rundingan damai pada beberapa hari yang akan datang.

Manakala ketua perunding puak pembangkang Syria, Nasr al-Hariri pula berkata, perbincangan rasmi kali pertama dengna Utusan khas PBB itu adalah "positif". Perkara yang menjadi tumpuan utama puak pembangkang pada masa ini ialah mengadakan rundingan tentang pembinaan "kerajaan peralihan" dengan secepat mungkin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China