Cari:
Beberapa Media AS Ditolak Menyertai Sidang Akhbar White House
2017-02-26 14:40:45 CRI Cetak

Beberapa media Amerika Syarikat termasuk New York Times, CNN, Los Angeles Times dan beberapa media lain ditolak untuk menyertai sidang akhbar White House yang diadakan pada petang 24 Februari lalu. Wartawan dari AP dan Times yang telah mendapat keizinan pula menarik diri untuk menyatakan bantahan terhadap White House.

Bagaimanapun, beberapa media sayap kanan amat aktif dalam sidang akhbar Jumaat lalu, termasuk Washington Times dan One America News Network yang menyokong Donald Trump dalam kempen pilihan raya. Breitbart News yang CEOnya pernah dijawat oleh Stephen Bannon yang kini pakar strategi utama White House, telah diundang menyertai sidang akhbar White House.

Selain itu, Reuters dan BBC dari Britain selalu dalam senarai media bagi sidang akhbar White House yang diadakan setiap Jumaat. Bagaimanapun, BBC ditolak pada Jumaat lalu manakala Reuters diizinkan masuk.

Donald Trump pernah mengecam New York Times, CNN, ABC, CBS dan NBC sebagai "media berita palsu" dan "musuh rakyat AS" melalui akaun Twitternya pada 17 Februari lalu.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China