Cari:
Serangan Bom Ragut 50 Nyawa di Homs Syria
2017-02-26 14:15:00 CRI Cetak

Serangan bom bunuh diri di dua buah agensi keselamatan di bandar Homs, tengah Syria menyebabkan sekurang-kurangnya 50 orang awam dan tentera maut, manakala 24 lagi tercedera. Kumpulan pelampau "Jabhat Fateh al-Sham" (JFS) telah mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Gabenor provinsi Homs, Talal Barazi memberitahu media tempatan bahawa serangan berani mati itu merupakan tindakan balas dendam oleh kumpulan pengganas terhadap kemajuan ketenteraan yang dicapai tentera kerajaan Syria di Homs dan "kejayaan politik" delegasi kerajaan Syria dalam rundingan damai di Geneva baru-baru ini.

Kementerian Luar Syria telah menyerahkan surat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pengerusi Majlis Keselamatan PBB untuk menyeru PBB mengecam kes serangan bom di Homs dan kegiatan keganasan yang lain dalam wilayah Syria, di samping menyeru masyarakat antarabangsa agar terus berusaha bersama-sama membanteras keganasan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China