Cari:
Perdagangan Perkhidmatan China Cecah RMB5 Trilion
2017-02-26 14:16:25 CRI Cetak

Perdagangan perkhidmatan China buat kali pertama melebihi RMB5 trilion pada tahun 2016 dan dijangka kekal menduduki tempat kedua di dunia.

Menurut data yang diumumkan Kementerian Perdagangan China, jumlah import dan eksport perkhidmatan China mencapai angka RMB5.25 trilion pada tahun 2016, meningkat 14.2% berbanding tahun sebelumnya. Nisbah perdagangan perkhidmatan dalam perdagangan luar menduduki 18%, naik 2% berbanding tahun 2015.

Dari segi pasaran, jumlah perdagangan perkhidmatan dengan wilayah Hong Kong lebih kurang USD200 bilion, manakala dengan negara-negara yang terlibat dengan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) mencatat USD122.2 bilion.

Dari segi struktur pula, perkhidmatan dalam sektor yang bernilai tambah tinggi seperti pengiklanan, pembaikan dan kewangan masing-masing meningkat 47%, 48% dan 50%.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China