Cari:
Tunjuk Perasaan di Korea Selatan
2017-02-26 13:58:43 CRI Cetak

Tunjuk perasaan besar-besaran yang masing-masing menyokong dan menentang kes dakwaan terhadap Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye diadakan di negara itu semalam.

Perhimpunan menggulingkan Park Geun-hye kali ke-17 diadakan di lapangan Gwanghwamun. Para peserta menggesa Park Geun-hye meletakkan jawatan dan mahu Mahkamah Perlembagaan membuat perbicaraan tentang kes tersebut secepat mungkin. Menurut pihak penganjur, kira-kira 800 ribu orang menyertai perhimpunan itu.

Dalam pada itu, orang awam yang menyokong Park Geun-hye turut mengadakan perhimpunan dekat lapangan Gwanghwamun. Mereka melaungkan slogan "membubarkan parlimen" dan "menangkap anggota pasukan penyiasat khas", selain menggesa Mahkamah Perlembagaan memutuskan kes dakwaan terhadap Park adalah tidak sah. Menurut pihak penganjur, kira-kira 3 juta orang menyertai perhimpunan itu.

Perbicaraan Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan bagi kes dakwaan terhadap Presiden Park Geun-hue dan siasatan pasukan penyiasat khas bagi kes skandal "teman rapat presiden campur tangan dalam urusan pentadbiran negara" telah memasuki fasa penting. Mahkamah Perlembagaan akan mengadakan perbicaraan terakhir esok dan membuat keputusan sebelum 13 Mac. Tempoh penyiasatan pasukan penyiasat khas pula akan berakhir pada 28 Februari.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China