Presiden China, Xi Jinping meninjau kerja-kerja perancangan bandar dan persiapan bagi menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing baru-baru ini.
Tegas Xi, Beijing perlu mengekalkan standard yang tinggi, meningkatkan pembangunan dan perancangan bandar serta membuat persiapan sebaik-baik mungkin bagi menjayakan temasya sukan tersebut.
Tambah beliau, Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing merupakan peristiwa yang amat penting dalam catatan sejarah.
Oleh itu, Beijing perlu melaksanakan konsep hijau, berkongsi, terbuka dan jujur dalam penganjuran sukan tersebut.