Cari:
China Perketat Kawalan Pasaran Modal
2017-02-27 15:09:11 CRI Cetak

Pasaran modal China masih beroperasi dengan stabil pada tahun 2016.

Suruhanjaya Kawal Selia Sekuriti China (CSRC) akan terus memperketat pengawalseliaan terhadap pasaran modal, di samping meningkatkan tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat dalam penyelewengan pasaran.

Demikian dinyatakan Pengerusi CSRC, Liu Shiyu dalam sidang media Dewan Negara semalam.

Menurut beliau, jika pasaran modal ingin berkembang dalam jangka masa yang panjang, kemasukan syarikat baharu perlu dilakukan kerana akan meningkatkan aliran pasaran, menarik modal tambahan, menambah nilai pelaburan dan mengukuhkan keyakinan sosial.

Tambah Liu, China merupakan negara membangun terbesar.

Seiring dengan pelaksanaan strategi pembangunan yang dipacu oleh inovasi, lebih banyak syarikat akan memohon untuk disenaraikan dalam pasaran saham.

Keadaan tersebut mencerminkan kedinamikan ekonomi China dan merupakan faktor berkembangnya pasaran modal China.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China