China membantah sekeras-kerasnya penempatan sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) di Korea Selatan.
China akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memelihara kepentingan dan keselamatan sendiri.
Maka, semua kesan kerana menggunakan sistem pertahanan peluru berpandu Amerika Syarikat (AS) itu akan ditanggung oleh AS dan Korea Selatan.
Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang dalam sidang media di Bejing semalam.
Dilaporkan, Kumpulan Lotte telah meluluskan perjanjian pertukaran tanah bagi menempatkan sistem THAAD dengan pihak tentera Korea Selatan.
Selepas itu, pihak tentera akan berusaha menyelesaikan kerja-kerja penempatan dalam tempoh tiga hingga empat bulan akan datang.
Tambah Geng, tindakan AS dan Korea Selatan menempatkan THAAD akan memusnahkan keseimbangan strategik serantau, menjejaskan kepentingan keselamatan negara-negara terbabit di rantau ini termasuk China, serta tidak bermanfaat dalam menjaga keamanan dan kestabilan di Semenanjung Korea.