Cari:
Eropah Digesa Bersatu Hadapi Cabaran
2017-02-28 14:57:23 CRI Cetak

Eropah perlu bersatu padu dalam menghadapi pelbagai cabaran.

Demikian gesaan Perdana Menteri Austria, Christian Kern dan Timbalan Canselor Jerman, Sigmar Gabriel dalam sidang media selepas mesyuarat kerja kedua-dua pihak di Pejabat Perdana Menteri Austria semalam.

Menurut Kern, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mahu melemahkan Eropah.

Oleh itu, usaha mempertahankan kepentingan Eropah dengan teguh merupakan satu keperluan pada zaman ini.

Usaha tersebut hanya dapat direalisasikan melalui penyatupaduan Kesatuan Eropah (EU).

Gabriel berkata, Eropah perlu menetapkan dasar diplomasi dan keselamatan bersama dalam usaha memelihara keamanan dan keselamatan, bukan sekadar melindungi sempadan EU.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China